Sambutan sesuatu perayaan merapatkan persahabatan dan kekeluargaan

KOTA MARUDU: Seperti sambutan hari kebesaran kaum lain, Krismas turut memainkan peranan penting dalam menyemarakkan semangat perpaduan, toleransi beragama, keharmonian budaya dan persefahaman di negara ini.

Ia terbukti semasa sambutan majlis rumah terbuka Hari Krismas 2017 dan Sambutan Tahun Baru 2017 YB Datuk Seri Dr. Maximus J. Ongkili yang diadakan di Dewan Komuniti Kota Marudu pagi tadi.

Pelbagai lapisan kaum, bangsa dan agama telah hadir ke majlis tersebut dan ini menunjukkan semangat perpaduan masih erat. Malah, kita masih boleh duduk semeja dengan kaum yang lain untuk menyambut sesuatu perayaan di negara ini.



Majlis itu turut dihadiri Ahli Majlis Tertinggi PBS, komponen parti BN serta warga Kota Marudu yang hadir bersama-sama memeriahkan majlis tersebut.

Tetamu yang hadir turut dihiburkan dengan persembahan lagu-lagu Natal daripada kumpulan koir oleh gereja-gereja di sekitar daerah ini.

Dennis Rumalin

Related posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *