PRESIDEN PDIS MAHU PERPADUAN MENYELURUH

Presiden Pertubuhan Dusun Islam Sabah, Dato’ Dr. Hj. Janathan Kandok mahu umat islam khususnya Dusun

Ranau, Selasa : Presiden Pertubuhan Dusun Islam Sabah, Dato’ Dr. Hj. Janathan Kandok mahu umat islam khususnya Dusun Islam Sabah bersatu padu secara menyeluruh.

Berucap dalam Majlis Ziarah Ramadan di Mesjid Kampung Kinopulidon, Ranau, Janathan berkata umat islam perlu bersatu padu untuk mencapai visi menjadikan masyarakat Islam berjaya di dunia dan akhirat.

Menurutnya, umat islam bukan sahaja perlu bersatu padu secara fizikal tetapi juga bersatu padu minda, perasaan dan spritual untuk mencapai perpaduan yang menyeluruh.

“Malam ini kita berlaga lutut dengan lutut, bahkan siku berlaga siku tetapi selepas majlis ini kita balik dan mimpi masing masing. Ini adalah perpaduan yang lemah,” katanya.

Menurut Janathan, perlu ada perkara yang mengikat perpaduan melebihi perpaduan fizikal.

“ Visi PDIS mampu mengikat perpaduan minda kita sebab visi ini mendorong kita berfikir dan apabila pemikiran kita jatuh ke hati maka terjadilah perpaduan perasaan dalam kalangan kita,” kata Janathan.

Bagaimanapun, kata Janathan, melengkapkan perpaduan umat islam ialah perpaduan spritual.

Turut hadir dalam majlis itu Naib Presiden PDIS, Junaidi Sahat, Setiausaha Agong PDIS, Patrick Sulaiman Sinil dan Pegawai Perhubungan PDIS Karambunai Mohd Romzi Abdullah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *