Pesta Kaamatan Produk Pelancongan Sabah

PENAMPANG: Perayaan Pesta Kaamatan yang disambut oleh masyarakat Kadazandusun Murut (KDM) mampu dimartabatkan sebagai satu tarikan utama industri pelancongan di negeri ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, keunikan sambutan itu mampu menarik minat pelancong luar dan dalam untuk menjadikan Sabah sebagai destinasi hab pelancongan.

“Pada hari ini kita dapat melihat perayaan ini bukan hanya di lingkungan perayaan kebudayaan semata-mata tetapi kita melihat ianya banyak melahirkan produk pelancongan.”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *