Laluan Ranau – Marak Parak runtuh

IMG-20180112-WA0002

Laluan Ranau - Marak Parak difahamkan tidak selamat untuk dilalui untuk ketika ini berikutan laluan di sebelah Teliduson telah runtuh yang mungkin boleh membahayakan keselamatan kepada semua pengguna jalan terbabit.

 

IMG-20180112-WA0001

Mereka yang bercadang untuk ke Ranau dinasihati untuk menggunakan laluan Kota Belud. Dan, sebarang perkembangan terkini laluan berkenaan akan dimaklumkan dari masa ke semasa.

Sebelum ini, Dua lelaki maut tertimbus tanah selepas motosikal dinaiki terjatuh dalam kejadian.

Mangsa dikenal pasti sebagai Jaimin Bien, 46, dari Kampung Tandahawon dan Edmon James, 22, dari Kampung Melangkap.

Ketua Polis Daerah Kota Marudu, Superintendan Mohd Izaan Abdullah, berkata polis menerima panggilan berhubung kejadian pada jam 7.30 pagi.

Katanya, motosikal jenis Honda EX5 yang ditunggang Jaimin dilaporkan terjatuh dalam runtuhan berkenaan, sebelum kedua-dua mangsa ditimbus tanah.

"Anggota polis bersama bomba dan Jabatan Kerja Raya (JKR) bergegas ke tempat kejadian.

"Mayat kedua-dua mangsa sudah dikeluarkan oleh pihak bomba," katanya di sini, hari ini.

Sumber dipetik daripada En. Yillson Yanggun.

Dennis Rumalin

Related posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *