KIMARAGANG FC MUNCUL JUARA PIALA DATO’ DR. JANATHAN

Dari kiri : Jimson Majemal Presiden SAFA Kota Marudu (AMT SAFA Sabah), Jainim Samaron Pengetua SMK Tandek, Ybhg. Dato’ Dr. Janathan Kandok Presiden Alumni UMS yang juga penaja kejohanan tersebut.

KOTA MARUDU, 6 Mei 2018: Perebutan gelaran juara kejohanan bola sepak piala Ybhg. Dato’ Dr. Janathan Kandok (JP) Presiden Alumni UMS dengan kerjasama Persatuan Bola Sepak Kota Marudu menyaksikan Kimargang FC muncul juara setelah menewaskan Real Goshen petang tadi di Padang SMK Tandek, Kota Marudu.

Pertemuan kedua-dua pasukan pada mulanya bertempat di Padang Pekan Kota Marudun telah dipindahkan disaat akhir ke Padang SMK Tandek, Kota Marudu setelah mendapat makluman daripada Majlis Daerah Kota Marudu padang pekan akan dikosongkan bagi memberi keutamaan program daerah sempena lawatan YAB Dato Sri Mohd. Najib Tun Razak Perdana Menteri Malaysia yang dijadualkan isnin ini.

Pasukan Real Goshen muncul naib johan kejohanan tersebut.

Namun, ianya tidak menjejaskan perlawanan tersebut bahkan telah menarik lebih 2000 orang peminta setia bola sepak hadir menyaksikan perlawanan tersebut.

Rawilson Batuil, Kapten Sabah turut hadir memberi sokongan kejohanan tersebut. Kelihatan penyokong yang hadir tidak melepaskan kesempatan bergambar dengan ‘Tanker’ Sabah.

Pada masa pertama permainan, pasukan Kimaragang FC mengawal permainan dan berjaya mendapatkan beberapa peluang keemasan melalui beberapa gerakan dan sepakan percuma namun gagal disempurnakan.

Janasip Tamingan Pengadil Lesen A Kebangsaan diberi tanggungjawab mengadil perlawanan akhir tersebut.

Pada minit ke-16 pemain Kimaragang FC, M. Safari (Ompu) berjaya memperoleh gol pembukaan hasil percubaannya yang gagal.diselamatkan oleh penjaga gol lawan dan jaringan itu berkekalan sehingglah tamat masa pertama permainan.

Memasuki masa kedua permainan, pasukan Real Goshen tampil lebih bertenga dan beberapa kali penjaga gol Kimaragang FC telah diuji.

Beberapa kekasaran keras berlaku diseparuh masa kedua permainan menyebabkan pengadil perlawanan Janaasip Tamingan telah melayangkan kad kuning kepada pemain Real Goshen iaitu Arnold pada minit ke-47 dan Japa pada minit ke-51. Manakala, pemain Kimaragang FC Wong Min Fat turut dilayangkan kad kuning pada minit ke-52 setelah melakukan kekasaran terhadap pemain lawan.

Pasukan Kimaragang FC hampir berjaya menambah jaringan pada masa itu penjaga gol lawan telahpun tewas namun telah dinafikan oleh air yang bertakung didepan gawang lawan.

Hasil percubaan bertali arus, Real Goshen akhirnya berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-79 hasil jaringan cantik Azrul Ezari yang gagal ditepis keluar oleh penjaga gol lawan menjadikan kedudukan seri satu sama sehinggalah tamat 90 minit sebenar perlawanan.

Keputusan seri itu menyaksikan kedua-dua pasukan terpaksa bertarung dalam masa tambahan. Sepanjang tempoh masa tambahan itu, satu kad kuning telah dilayangkan kepada pemain Kimaragang FC iaitu Joshua Jubin pada minit ke-106.

Tamat masa tambahan permainan kedudukan masih terikat 1-1 dan penentuan sepakan penalti dijalankan bagi menentukan pasukan mana yang akan muncul juara kejohanan.

Melalui penentuan sepakan penalti, pasukan Kimaragang FC berjaya menewaskan Real Goshen dengan aggegret 5-4 sekaligus muncul juara kejohanan tersebut yang julung kalinya diadakan.

Perlawanan akhir tersebut telah dirasmikan sendiri oleh Ybhg. Dato’ Dr. Janathan Kandok yang turut dihadiri Jimson Majemal Presiden SAFA Kota Marudu (AMT SAFA Negeri), Jainim Samaron Pengetua SMK Tandek, Androd Sadian Presiden Tarik Tali Sabah, Rawilson Batuil Kapten pasukan Sabah.
Keputusan penuh.

Johan Kimaragang FC
– Wang tunai RM2500
– Piala Iringan
– Piala Pusingan
– Stand Medal

Naib Johan Real Goshen
– Wang Tunai RM1500
– Piala
– Stand Medal

Ketiga The Blues
– RM700
– Piala
– Stand Medal

Keempat Karabau Sukod FC
– Wang Tunai RM500
– Piala
– Stand Medal

Penjaring Terbanyak
– Mohd Azwan Bin Din
(The Cops – 16 Gol)

Pemain Terbaik
– M. Safari Jabidah
(Kimaragang FC)

Pasukan Terbaik
– K3B

Pemain Muda Harapan
– Amirul (EDU Utara)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *