Kimaragang FC hampir dikejutkan ‘epic comeback’ Karabau Sukod FC

Berdiri Kimaragang FC dan duduk Karabau Sukod FC

Kota Marudu: Pasukan Kimaragang FC berjaya melangkah ke peringkat akhir setelah menundukkan pasukan Karabau Sukod FC diperingkat separuh akhir pertama dalam kejohanan bola sepak piala Ybhg. Dato’ Dr. Janathan Kandok (JP) dengan kerjasama SAFA Kota Marudu.

Pertemuan kedua-dua pasukan petang tadi sengit dan menarik lebih satu ribu orang hadir menyaksikan perlawanan tersebut.

Antara penonton yang datang.
Di pentas utama

Perlawanan dihangatkan lagi dengan pukulan gendang daripada Ultras Karabau Sukod dan di sahut dengan pukulan gong ‘Pinakang’ Ultras Kimaragang.

Penonton yang hadir hanya mampu duduk beralaskan rumput menyaksikan perlawanan petang tadi.
Hanya mampu berdiri untuk menyaksikan kejohanan tersebut.

Pada masa pertama permainan, pasukan Karabau Sukod FC mengawal permainan tetapi dikejutkan dengan jaringan pembukaan oleh pemain sayap kanan Kimaragang FC sebelum tamat masa pertama permainan.

Memasuki masa kedua permainan, Karabau Sukod sekali lagi berjaya mengawal permainan tetapi pasukan Kimaragang berjaya memperoleh dua jaringan melalui penyerang dan kapten pasukan.

Melalui tambahan masa lima minit masa permainan yang diberikan oleh pengadil keempat, Karabau Sukod hampir mengejutkan Kimarangang FC apabila berjaya mendapatkan dua gol dalam masa dua minit melalui sepak percuma pada minit ke-93 dan penalti pada minit ke-95.

Namun, sebaik sahaja sepakan penalti berjaya disempurnakan oleh pemain Karabau Sukod pengadil perlawanan meniupkan wisel penamat dan kemenangan berpihak kepada Kimarangang FC setelah menewaskan Karabau Sukod FC dengan jaringan 3-2.

Menanti Kimaragang FC diperingkat akhir nanti akan ditentukan sama The Blues ataupun Real Goshen dalam saingan separuh akhir kedua yang akan berlangsung esok (23.4.2018)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *