Kg. Tirintidon destinasi eko-pelancongan baru di Kota Marudu

Dato' Dr. Janathan Kandok
Dato' Dr. Janathan Kandok

Kota Marudu - 06/01/2017

Dato' Dr. Janathan Kandok JP memuji usaha badan induk JKKK Kg. Tirintidon kerana telah memainkan peranan besar mewujudkan Jawatankuasa Pelancongan di kampung tersebut.

Ini berikutan wujudnya tempat pelancongan yang menarik di kampung itu yang boleh dikomerselkan sebagai produk pelancongan yang baru di daerah ini.

Kampung ini mempunyai sumber hutan, keindahan alam semulajadi, tapak perkhemahan serta sungai yang telah di 'tagal' boleh dijadikan tarikan para pelancong dari dalam dan luar negeri untuk berkunjung ke kampung ini.

Ini sekaligus meningkatkan sumber pendapatan dan ekonomi penduduk setempat seterusnya Kota Marudu muncul sebagai sebuah daerah destinasi pelancongan dan pengeluar produk pertanian yang utama di negeri ini.

Janathan yang juga Pengerusi Alumni UMS berada di sini atas jemputan En. Singan (pesara guru) sempena rumah terbuka Hari Krismas 2017 dan sambutan Tahun Baru 2018. Turut hadir ke majlis tersebut Datuk George Sangkin Pengerusi Pertubuhan Peladang Kawasan Kota Marudu, Datuk Latiff Kandok Mantan Pegawai Daerah Kinabatangan beserta rombongan serta penduduk setempat yang dianggarkan lebih 100 orang hadir ke majlis tersebut.

Kg. Tirintidon, Kota Marudu
Kg. Tirintidon, Kota Marudu

Dennis Rumalin

Related posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *