Kerajaan Ke IV Janathan Kandok

Model Kejayaan Kota Marudu ialah pendekatan mengurus kejayaan Kota Marudu melalui penyelarasan tindakan antara Pejabat Daerah, Pejabat Wakil Rakyat dan Jawatankuasa Kemajuan Kampung (JKKK) melalui Pasukan Kerja Bersepadu Daerah yang membolehkan supaya semua Kampung ditadbir di bawah Konsep Pengurusan Mikro Negara. Matlamatnya ialah untuk mencapai impian Kota Marudu.




Menyebut Kota Marudu, kita cepat terbayangkan 70,700 rakyatnya (Petabelia.gov.my 20 Jun, 2016). Mereka terdiri daripada orang Kadazandusun, Bajau, Banjar, Bugis, Suluk, Cina, Sungai dan lain-lain yang mendiami pekan dan 169 buah kampung di seluruh Kota Marudu (www.mpkotamarudu.my 20 Jun, 2016 1500 pm). Berdasarkan maklumat penduduk ini maka dapatlah dikatakan bahawa kebanyakan penduduk Kota Marudu adalah petani memandangkan bumiputra Sabah lazimnya adalah petani.

Dari segi pertanian, maklumat penting daerah ini ialah tentang keluasan tanah pertanian, iaitu 1,917 kilometer persegi ( ww2.sabah.gov.my 20 jun, 2016 12.10pm) Menurut maklumat keluasan tanaman mengikut daerah dan kategori, Sabah tahun 2012, Kota Marudu telah mengusahakan 23,728.9 hektar tanah pertanian untuk tanaman industri (23,294.9 hektar), tanaman buah-buahan (300.3 hektar), tanaman sayur-sayuran (25.5 hektar) dan tanaman kontan (95.2 hektar) (ww2.sabah.gov.my/tani 20 jun, 2016 14.03 pm).

Selain daripada itu, tanpa mengira sama ada mereka petani atau pun tidak mereka juga kaya dengan kebudayaan seperti pakaian dan sukan tradisi, Rumah Panjang, seni tari tradisi, adat resam, agama dan kepercayaan masyarakat Kota Marudu. Di samping itu, Kota Marudu juga mempunyai alam semula jadi seperti Air Terjun Sorinsim, Tasik Buyut, Air Terjun Kampung Hatob, Air Terjun Kinamawali, Syurga Kekacang Sabah (ww2.sabah.gov.my/md.kmu 21 Jun, 2016 930 am) dan sejarah Kota Marudu seperti Makam Sharif Osman dan Si Gunting (wira2sabah.blogspot.my/2014/09/tokoh-pejuang-sabah.html 21 Jun, 2016 955 am) yang menarik untuk dikunjungi.

Kerana majoriti rakyat Kota Marudu ialah petani yang juga kaya dengan budaya tempatan maka saya yakin menjadikan Kota Marudu sebagai pengeluar hasil pertanian dan destinasi pelancongan yang utama di Sabah adalah impian yang tepat. Mendekatkan kesedaran kita tentang impian ini, saya ingin mengajak semua untuk membayangkan, kalau boleh dalam bayangan berwarna—bukan hitam putih—bahawa tanah di Kota Marudu ini, terutama tanah terbiar akan dipenuhi dengan pelbagai tanaman pertanian. Kerana hasil pertanian banyak, kita nampak banyak peluang untuk pertumbuhan industri kecil dan sederhana di Kota Marudu.

Dalam masa yang sama, hasil pertanian yang banyak ini, kita nampak menembusi pasaran antarabangsa. Selain daripada itu, kita nampak jutaan pelancong tempatan dan luar Negara berpusu-pusu ke Kota Marudu kerana terpesona dengan keindahan dan keunikan budaya, tempat bersejarah dan alam sekitar daerah ini.

admin

Related posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *