LINEUP JASMON JAJI AKAN UMUMKAN HALATUJU KEPIMPINAN

Kota Marudu: Calon Ketua Cabang PKR P 168 Kota Marudu, Jasmon Jaji mengumumkan halatuju kepimpinan.

Dalam sidang media hari ini di Kota Marudu, Jasmon berkata lineupnya sudah lama menetapkan halatuju kepemimpinan.

Ditanya apakah kandungan visi berkenaan, Jasmon berkata halatuju kepemimpinannya berkaitan dengan kewibawaan parti, kebajikan ahli dan pengurusan keperluan rakyat.

“Visi kami serampang tiga mata, kekuatan parti, membantu ahli dan keperluan rakyat. Tiga fokus ini amat sesuai diperjuangkan,” katanya.

Dalam pemilihan Ketua Cabang P168 PKR Kota Marudu November depan, Jasmon akan ditentang oleh dua calon masing-masing dari Matunggung dan Tandek.

Menjawab kepada soalan apa kah kelebihannya berbanding calon lain, beliau berkata, “ fokus kita membantu parti, ahli dan rakyat. Lineup kami tidak berminat jadi jurucakap mendedahkan kelemahan lineup lain.”