Beku kenaikan pangkat dan pertukaran: Maszlee

PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan membekukan semua kenaikan pangkat dan pertukaran dalaman di peringkat Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) seluruh negara susulan didapati terdapat percaturan berunsur politik kepartian.

Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik berkata pembekuan pertukaran itu berkuat kuasa serta merta.

“Ia amat mengecewakan. Saya tidak mahu politik kepartian sempit mempengaruhi institusi-institusi pendidikan yang bakal membentuk masa depan anak kita,” katanya.

Maszlee berkata beliau telah mengarahkan pegawai tertinggi kementerian itu menyemak semula semua kenaikan pangkat dan pertukaran di peringkat JPN dan PPD yang berlaku dalam jangka masa dua bulan lalu.

“Diharap rakyat mendapat mesej jelas bahawa kita tidak akan berkompromi dengan sebarang anasir tidak sihat dalam pentadbiran pendidikan negara, terutama mereka yang sengaja mahu menyukarkan kita mereformasi sistem pentadbiran negara agar selaras dengan dasar kerajaan Pakatan Harapan,” katanya.

Maszlee berkata kebanyakan kes yang dikesan berlaku di utara dan pantai timur namun beliau enggan memperincikan tahap jawatan terlibat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *